Program Sharing & Caring 2020 Bersama Warga Pelajar Dan Guru Sekolah Rendah Islam AR Rahmat, Melaka

  • Post category:Aktiviti

Pada 26 Februari 2020 yang lepas, satu sesi Program Sharing & Caring yang pertama untuk tahun 2020 telah diadakan di Sekolah Rendah Islam AR Rahmat, Melaka. Program ini telah dihadiri seramai 150 orang murid terdiri daripada murid Tahun 4, 5, 6 dan diiringi oleh 10 orang guru Sekolah Rendah Islam AR Rahmat.

Majlis ini bermula dengan ucapan aluan dari wakil pihak sekolah dan wakil dari 999 RC Melaka En. Rozali Ab Mu’mini selaku Penolong Pengurus Besar 999 Response Center.

Di kesempatan ini, para guru dan murid sekolah yang hadir telah diberikan penerangan dan taklimat ringkas mengenai kepentingan perkhidmatan panggilan kecemasan dan penggunaan Talian Kecemasan 999 dengan baik dan betul oleh Pn Noor Halizah dan En. Rozali.  Diharapkan kehadiran mereka di program ini dapat menyuntik kesedaran dan menambah lagi pengetahuan tentang peranan dan kepentingan talian kecemasan negara. Diharap semoga murid sekolah akan lebih menghargai perkhidmatan yang telah disediakan oleh Kerajaan di dalam usaha menjaga dan melindungi kebajikan rakyat.

Di samping itu, terdapat juga aktiviti menarik yang diadakan iaitu pelajar diberi soalan dan kuiz berkenaan Talian Kecemasan 999 untuk menilai kefahaman mereka dan pihak 999 Response Center memberikan hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan tersebut.

Penglibatan 999 RC Melaka di dalam program seumpama ini dengan pihak sekolah perlu dijalankan secara berterusan dan aktif selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memperluaskan kempen kesedaran awam Talian Kecemasan Negara, 999 kepada warga pendidik dan murid sekolah di seluruh negara.

Secara keseluruhannya program ini berjaya dilaksanakan dengan baik dan maklumbalas daripada pihak sekolah sangat memuaskan dan memberi menafaat kepada semua pelajar dan guru sekolah amnya sekaligus program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara wakil 999 RC Melaka bersama para guru dan murid Sekolah Rendah Islam AR rahmat, Melaka.