Creations de UiTM Carnival 2020 Bantu Pupuk Kesedaran Dalam Kalangan Pelajar, Pendidik dan Orang Awam Mengenai Talian Kecemasan Negara

  • Post category:Aktiviti

Program Creations de UiTM: Mega Innovation Carnival 2020 anjuran Pusat Asasi, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil yang berlangsung pada 7 dan 8 Mac menyaksikan sebanyak 250 pameran produk inovasi pelajar dan peserta dipamerkan.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang diadakan termasuklah aktiviti robotic, taklimat program asasi UiTM, gerai jualan dan banyak lagi. Pihak Telekom Malaysia Berhad (TM), Government Specialised Services (GSS) juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan karnival tersebut sebagai pempamer.

 

Menariknya, sebagai organisasi yang menjalankan projek MERS 999 di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), program ini telah membantu pihak MERS 999 GSS untuk mempromosikan talian kecemasan negara 999, aplikasi telefon pintar SaveME 999 POLIS, SaveME 999 DEAF dan SaveME 999 BLIND kepada orang awam terutamanya para peserta yang hadir di karnival ini yang terdiri daripada golongan pendidik, pelajar dan orang awam.

Di kesempatan ini, pengunjung yang hadir telah diberikan penerangan dan taklimat ringkas mengenai kepentingan perkhidmatan panggilan kecemasan untuk kegunaan masyarakat Malaysia.

Diharapkan kehadiran mereka di booth pameran MERS 999 dapat menyuntik kesedaran dan menambah lagi pengetahuan tentang kepentingan talian kecemasan negara dengan memupuk nilai tanggungjawab dalam masyarakat setempat serta mewujudkan persekitaran selamat dan harmoni melalui pendekatan kempen kesedaran seperti karnival ini.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas ditujukan kepada pihak penganjur kerana berjaya merealisasikan penganjuran program yang turut dapat mewujudkan hubungan silaturrahim dan kerjasama erat antara pempaper, orang awam, pelajar dan pendidik untuk mencapai objektif pihak MERS 999 semasa mempromosikan aplikasi ini di karnival tersebut.