Aplikasi ini direka khusus bagi membantu Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai masalah penglihatan untuk menghubungi 999 jika berlaku kecemasan.

Aplikasi ini menggunakan kemudahan internet jalur lebar bagi menghantar permohonan kecemasan. Ia juga menggunakan Global Positioning System (GPS) bagi menentukan kedudukan pengguna. Dengan menekan ikon ‘SaveME 999 BLIND’ pada skrin telefon pintar, anda akan dihubungkan kepada agensi kecemasan yang berkaitan berdasarkan jenis kecemasan yang anda pilih. Apabila permohonan bantuan kecemasan dibuat, alamat GPS, maklumat pendaftaran pengguna dan jenis kecemasan akan dihantar ke Pusat Panggilan Kecemasan 999.

Aplikasi SaveME 999 BLIND mempunyai beberapa ciri tambahan, iaitu:

  • Agensi-agensi Kecemasan (dalam lingkungan 10 km) – Senarai agensi-agensi kecemasan yang berada dalam lingkungan 10 km dari lokasi anda.
  • Kecemasan Berdekatan (dalam lingkungan 5 km) – Kes kecemasan yang sedang berlaku dalam lingkungan 5 km dari lokasi anda.
  • Butang ‘Where Am I’ – Klik butang ‘Where Am I’ dan aplikasi SaveME 999 BLIND akan membacakan alamat lokasi anda.
  • Rakaman Suara (Voice Recording) – Anda boleh merakam suara (tempoh maksimum 30 saat) dan menghantarnya untuk meminta bantuan kecemasan.
  • Pilihan Warna – Anda boleh menukar warna aplikasi SaveME 999 BLIND mengikut kesesuaian (7 pilihan warna).

Aplikasi SaveME 999 BLIND pasti akan memberi manfaat kepada pengguna dengan menyediakan perkhidmatan di seluruh negara serta merangkumi semua jenis bentuk insiden kecemasan.

CARA PENGGUNAAN SAVEME 999 BLIND

Langkah 1

Aktifkan SaveME 999 BLIND dengan menekan butang SaveME 999 2 kali. Terdapat 10 pilihan kecemasan dan butang-butang lain seperti agensi kecemasan terdekat, lokasi saya, tetapan dan pilihan warna latar yang kontras.

Langkah 2

Pilihan "Where am I" akan memaparkan lokasi GPS pengguna, Telefon pintar akan menyebut lokasi tersebut menggunakan fungsi talkback dan voice over yang ada pada telefon pintar tersebut.

Langkah 3

Pengguna boleh memilih untuk menukar warna latar bagi pengguna yang mempunyai masalah low vision, pengguna boleh memilih warna yang lebih kontras.

Langkah 4

Setelah jenis kecemasan dipilih, pengguna boleh memasukkan maklumat insiden dan lokasi dengan menaip pada ruangan yang disediakan. Pengguna juga boleh menghantar rakaman suara selama 30 saat ke Pusat Panggilan Kecemasan MERS999 untuk permohonan bantuan.

SOALAN LAZIM

Telefon pintar yang berasaskan sistem:-
• Android – versi 2.2 ke atas
• iOS – versi 5 ke atas

Telefon pintar yang mempunyai:
• Sistem GPS
• Pelan data dari pembekal selular