Info Untuk Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda boleh mengajar anak-anak anda tentang kepentingan MERS 999 dan penggunaannya yang betul.
Pastikan anda mendidik mereka supaya mereka:

Panduan Mudah Bagi Kanak-Kanak

1. Kecemasan atau tidak?
Jika nyawa, harta benda atau alam sekitar di dalam bahaya, ia merupakan kecemasan.

2. Terus hubungi 999
Hubungi 999 dan tunggu jawapan. Telefon bimbit yang tidak mempunyai kredit masih boleh menghubungi 999.

3. Apa yang berlaku?
Beritahu tentang apa yang berlaku, kepada siapa dan di mana. Jika ditanya apa-apa soalan, jangan takut.

4. Jangan letakkan telefon
Jangan terus letakkan telefon selepas bercakap. Kekal di talian dan ikut arahan yang diberi.

5. Bantuan akan tiba
Bantuan kecemasan akan tiba di sana sebentar lagi.