Aliran Panggilan 999
Hubungi 999 dan Nyatakan Kecemasan
- Kecemasan adalah situasi yang mengancam nyawa, harta benda atau alam sekitar dan memerlukan tindakan serta-merta.
- Contoh situasi kecemasan adalah seperti rompakan, kebakaran, serangan jantung, kemalangan dan banjir.
Berikan Maklumat dan Lokasi Kecemasan Dengan Tepat
- Pastikan anda memberikan maklumat yang tepat tentang lokasi kecemasan termasuk sebarang mercu tanda.
- Bagi kes-kes kecemasan perubatan atau kebakaran, pemanggil akan diberi panduan tentang cara-cara mengendalikan kecemasan sementara menunggu bantuan.
- Bagi setiap kes kecemasan, pasukan bantuan penyelamat daripada Polis, Bomba, Hospital, Pertahanan Awam atau Maritim Malaysia akan dihantar ke lokasi mengikut jenis kecemasan yang berlaku.
Gunakan Talian Kecemasan 999 Dengan Berhemah
Polis
Bomba
Hospital
Pertahanan Awam
Maritim Malaysia