Pencegahan Jenayah

1. ROMPAKAN

Rompakan biasanya melibatkan orang ramai dan juga premis perniagaan. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membawa perompak ke muka pengadilan.

Penglihatan:

  • Pastikan tingkap tidak ditutupi oleh sebarang simbol perniagaan.
  • Mesin wang tunai perlu diletakkan di tempat yang mudah dilihat dari luar. Jika berlaku rompakan, adalah mudah bagi pekerja mengenalpasti identiti perompak dan jenis kenderaan yang digunakan.
  • Hubungi polis jika terdapat individu yang mencurigakan di premis perniagaan anda.
  • Berhati-hati semasa anda membuka dan menutup kedai.

Pencahayaan:

  • Kawasan luaran dan dalaman premis perniagaan perlu terang dan mempunyai cahaya yang cukup untuk mengelakkan perompak bersembunyi.

Alat Perakam Video:

  • Pastikan alat perakam video di premis perniagaan anda sentiasa berfungsi.
  • Letakkan alat perakam video berhampiran ‘cashier’ atau pintu keluar.

Wang Tunai:

  • Jangan simpan sejumlah wang yang banyak dalam premis anda.
  • Pilih waktu yang selamat untuk depositkan wang dan pastikan anda berteman.
  • Jangan bawa wang yang banyak bersama anda.

Semasa Rompakan:

  • Bertenang.
  • Ikut arahan perompak, jangan melawan.
  • Anggaplah semua senjata api berisi peluru.
  • Kenal pasti identiti perompak.
  • Kenal pasti senjata yang dibawa.
  • Kenal pasti jenis kenderaan dan nombor pendaftaran kereta.

Selepas Rompakan:

  • Telefon pihak polis dengan segera. Dail 999.
  • Berikan nama, nombor telefon serta alamat tempat rompakan.
  • Beritahu identiti perompak, arah perompak melarikan diri serta nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan.
  • Nyatakan sama ada senjata digunakan dalam rompakan.
  • Lindungi tempat kejadian. Pastikan pekerja dan orang ramai jauh dari tempat kejadian.
  • Minta saksi tunggu sehingga polis tiba.
  • Kunci pintu sehingga polis tiba.
  • Jangan sentuh apa-apa.
  • Beri kerjasama kepada pihak polis.

2. KESELAMATAN PEMANDU TEKSI

Kebijaksanaan anda sebagai pemandu teksi dapat mengurangkan jenayah rompakan teksi.

Sentiasa yakin:

  • Sentiasa yakin.
  • Simpan/ rekodkan maklumat perjalanan anda.
  • Sentiasa tutup tingkap teksi anda – Memadai buka sedikit cermin tingkap untuk bercakap.
  • Sentiasa kunci pintu teksi anda. Ini untuk elakkan sesiapa masuk ke dalam teksi.

Tempat sasaran jenayah:

  • Elakkan meletak teksi anda di kawasan berisiko.
  • Elakkan memandu teksi di jalan mati.
  • Jika ada perkara mencurigakan, teruskan memandu, jangan berhenti.
  • Jangan keluar dari teksi jika teksi anda rosak.

Elak perkara berbahaya:

  • Percaya kata hati anda.
  • Berwaspada apabila penumpang tukar arah perjalanan atau beri panduan arah yang keliru.
  • Jangan ambil penumpang yang tidak tahu mana hendak tuju.
  • Ketahui lokasi anda.
  • Galakkan penumpang duduk di bahagian kiri tempat duduk.

Beri perhatian:

  • Ucapkan salam sejahtera kepada penumpang.
  • Kenal pasti identiti penumpang anda.
  • Kenal pasti sebarang tingkahlaku yang mencurigakan.

Bawa sedikit wang:

  • Hadkan jumlah wang semasa memandu teksi. Anda boleh kurangkan risiko dirompak.
  • Jangan ambil wang yang besar nilai untuk bayaran teksi.
  • Depositkan wang tunai anda di bank.
  • Jangan tunjukkan anda mempunyai wang tukar yang banyak.
  • Jangan kira wang anda di hadapan penumpang.
  • Jangan beritahu penumpang wang yang anda miliki.

3. KEJIRANAN (RUKUN TETANGGA)

Rukun Tetangga adalah program kejiranan bagi membuat kawalan ke atas rumah dan harta benda antara satu sama lain bagi mengawal jenayah pecah rumah, kecurian dan rompakan.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Program ini dilaksanakan bagi membantu sesama jiran. Jiran anda kenal siapa anda, kereta yang anda pandu dan boleh jadi mereka jugalah yang akan mula-mula nampak penyamun di kereta, bumbung, tingkap atau pintu rumah anda. Setiap jiran boleh memainkan peranan masing-masing dengan melihat rumah-rumah di sekeliling mereka dari depan, belakang atau sisi rumah.

Bagaimanakah cara membentuk program ini?

Hubungi balai polis berhampiran tempat tinggal anda. Mereka akan bantu membentuk satu pelan komuniti. Bagi memastikan program ini berjaya dan berkesan, setiap penduduk mesti mengambil peranan yang aktif dalam menambah baik tahap keselamatan dan pengawasan.

Jika anda melihat atau mensyaki sesuatu:

  • Catatkan rupa diri orang yang disyaki.
  • Ambil maklumat kenderaan seperti buatan, model, nombor plat kenderaan.
  • Hubungi polis dan rakan-rakan Rukun Tetangga anda dengan segera.

Jika anda keluar rumah untuk tempoh yang lama, tinggalkan maklumat berikut kepada teman rapat atau jiran:

  • Destinasi anda.
  • Bagaimana anda boleh dihubungi semasa kecemasan.
  • Bila anda akan pulang.
  • Jikalau ada sesiapa yang akan berada di kawasan rumah anda (tukang kebun, pemotong rumput).
  • Tinggalkan kunci pada jiran anda.

Perkara lain yang boleh dilakukan:

  • Jika jiran anda tiada di rumah dan anda terlihat sesuatu yang boleh memberi peluang kepada penyamun, tolong perbetulkan perkara atau situasi tersebut.
  • Perhatikan orang yang tidak dikenali di dalam kawasan kejiranan anda. Jurujual atau penghantar suratkhabar boleh mengambil kesempatan apabila tiada jawapan dari loceng rumah yang dibunyikan untuk memasuki rumah.
  • Orang yang melalui jalan pintas (shortcut) di belakang rumah mungkin telah memasuki rumah jiran anda.
  • Jangan fikir orang lain mungkin telah menghubungi polis. Hubungi polis dengan segera.
  • Catatkan nombor plat kenderaan dan rupa diri orang tidak dikenali yang meletakkan kenderaan di rumah jiran anda.

 

4. PECAH RUMAH

Setiap daripada kita boleh mengurangkan risiko rumah dari dicerobohi dengan mengurangkan peluang untuk penjenayah berbuat demikian. Jika anda tinggal di apartmen atau flat jangan biarkan tanggungjawab keselamatan anda pada penyelia bangunan atau pengawal sahaja. Anda dan jiran anda boleh bekerjasama mengurangkan jenayah di dalam bangunan atau kawasan perumahan anda.

Keselamatan di lobi apartmen:

  • Sesiapa yang tidak dikenali atau disyaki cuba untuk memasuki bangunan anda mestilah dilaporkan kepada Pengurusan atau pengawal keselamatan.
  • Jangan benarkan orang yang tidak dikenali atau tidak mempunyai pas untuk memasuki bangunan sewaktu anda masuk atau keluar dari bangunan.
  • Bekerjasama dengan jiran yang lain dengan memastikan pintu-pintu utama sentiasa berkunci.
  • Guna nama pendek (bukan nama penuh) anda sahaja pada direktori lobi, loceng pintu, peti pos dan direktori telefon.

Keselamatan pintu:

  • Kunci rantai tidak begitu selamat – pasang lubang kanta pintu dan jangan sesekali buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
  • Jangan biar pintu terbuka, walaupun hanya sebentar untuk membuang sampah.
  • Jangan tinggalkan apa-apa nota pada pintu atau direktori lobi.
  • Jika anak kunci hilang, tukar mangga pintu.
  • Jika anda terlihat orang tidak dikenali membawa keluar barangan daripada rumah jiran, hubungi pengawal keselamatan atau penyelia bangunan. Jika tiada maklumbalas, hubungi 999.

Keselamatan di lif:

  • Perhatikan siapa berada di dalam lif sebelum masuk.
  • Jangan masuk ke dalam lif jika anda berasa tidak selamat – tunggu giliran lif lain.
  • Bila berada di dalam lif, berdiri di sebelah panel kawalan.
  • Jika sesiapa yang disyaki masuk dalam lif, keluar sebelum pintu lif tertutup.

Jika jenayah telah dilakukan:

  • Jangan masuk ke dalam rumah – penjenayah mungkin masih di dalam.
  • Jika tiada telefon bimbit, guna telefon jiran dan hubungi 999.
  • Jangan sentuh atau bersihkan apa-apa sehingga polis telah memeriksa bahan bukti.
  • Ambil nombor kenderaan sesiapa yang disyaki.
  • Ambil maklumat rupa diri orang yang disyaki.