Tips Kecemasan
Jika berlaku sebarang kecemasan di rumah anda, contohnya jika berlaku kebakaran atau kebocoran gas karbon monoksida, dengar berita terkini di televisyen ataupun radio bagi mendapat arahan berpindah.
Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil jika anda berpindah:
- Pindah dengan segera. Jangan buang masa mengumpul barang-barang anda. Ambil barangan perlu seperti telefon bimbit anda supaya anda mudah dihubungi.
- Jangan guna lif semasa kecemasan. Anda boleh terperangkap
di dalamnya jika tiada bekalan elektrik. Sebaliknya, gunakan tangga. - Jangan panik. Sentiasa bertenang semasa mengosongkan rumah bagi mengelakkan sebarang kecederaan.
Tempat yang anda boleh tuju sebaik sahaja anda mengosongkan rumah:
- Pusat Pemindahan Kecemasan.
- Hotel dan Rumah Rehat.
- Rumah keluarga terdekat, rakan-rakan ataupun jiran tetangga anda.
Berlindung dalam rumah
Jika berlaku kecemasan berdekatan atau di dalam rumah dan anda kesuntukan masa untuk berpindah keluar, anda mungkin terpaksa tinggal di dalam rumah.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil jika situasi ini berlaku:
- Berlindunglah di tempat yang selamat di dalam rumah anda.
- Bawa bersama-sama beg pakaian dan bekalan kecemasan.
- Pastikan tidak ada sesiapapun keluar dari rumah anda.
- Bawa telefon bimbit anda. Jangan gunakan telefon anda kecuali sewaktu kecemasan.
- Pastikan tempat perlindungan anda selamat untuk didiami.
- Dengar sebarang maklumat terkini melalui radio.
Info Pengangkutan
Terdapat pelbagai cara untuk anda melakukan perjalanan jika berlaku kecemasan atau bencana alam di tempat anda. Anda boleh menggunakan kenderaan ataupun pengangkutan awam. Info pengangkutan yang perlu anda ketahui semasa berlaku kecemasan/ bencana alam:
- Dengar berita terkini melalui TV dan radio mengenai info pengangkutan awam di tempat anda semasa berlaku kecemasan.
- Elakkan daripada memandu bagi memberi laluan kepada pengangkutan kecemasan.
- Jangan memandu kereta kecuali jika ada keperluan. Jimat minyak anda.
Di manakah mendapatkan Rawatan Perubatan?
Jika anda memerlukan bantuan kecemasan, telefonlah panggilan kecemasan 999 atau hospital dan klinik yang terdekat dengan anda.
Hubungi Saudara Mara & Rakan Terdekat
Bencana alam mungkin menyebabkan anda mengosongkan rumah atau berpindah. Sentiasa berhubung dengan keluarga terdekat atau rakan anda untuk sebarang maklumat.
Alat komunikasi yang boleh digunakan semasa kecemasan atau bencana alam:
- Telefon bimbit
- E-mel