Aplikasi ini direka khusus bagi penduduk Malaysia untuk menghantar permohonan kecemasan berkaitan dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Aplikasi SaveME 999 POLIS menggunakan fungsi Global Positioning System (GPS) di dalam telefon pintar bagi mendapatkan lokasi kedudukan pengguna semasa menghantar maklumat kecemasan kepada Pusat Panggilan Kecemasan 999.

Pengguna boleh mengaktifkan aplikasi ini dengan menekan ikon ‘SaveME 999 POLIS’ pada skrin telefon pintar. Apabila permohonan kecemasan dibuat, alamat GPS dan maklumat pengguna akan dihantar ke Pusat Panggilan Kecemasan 999. Maklumat tambahan berkenaan insiden dan lokasi kejadian juga boleh ditambah ke dalam permohonan yang dihantar. Semua maklumat ini akan dapat membantu pihak PDRM bagi menghantar bantuan dengan lebih cepat dan tepat.

Fungsi ‘Lokasi Pratetap’ pada aplikasi ini membolehkan pengguna menambah alamat-alamat yang selalu dikunjungi seperti rumah, pejabat, rumah ibubapa atau tempat-tempat lain yang dianggap penting. Jika berlaku kecemasan di salah satu lokasi pratetap, pengguna boleh memilih lokasi tersebut dari senarai Lokasi Pratetap dan menghantar permohonan kecemasan.

CARA PENGGUNAAN SAVEME 999 POLIS

Langkah 1

Masukkan kod SaveME 999 POLIS iaitu 999.

Langkah 2

Masukkan butiran kejadian seperti jenis kecemasan dan lokasi kejadian. Pengguna boleh memilih lokasi preset yang telah dimasukkan seperti lokasi rumah atau tempat kerja.

Langkah 3

Pengguna boleh memasukkan alamat pratetap bagi tujuan memudahkan penghantaran maklumat sekiranya berlaku kecemasan. Alamat seperti lokasi rumah dan tempat kerja boleh diisi pada ruangan ini.

Langkah 4

Setelah semua maklumat diisi, pengguna boleh menghantar permohonan dengan menekan butang Click Here. Paparan telefon pintar akan memaklumkan apabila permohonan berjaya dihantar.

SOALAN LAZIM

Telefon pintar yang berasaskan sistem:-
• Android – versi 2.2 ke atas
• iOS – versi 5 ke atas

Telefon pintar yang mempunyai:
• Sistem GPS
• Pelan data dari pembekal selular

Close Menu