Lawatan Ahli Parlimen Malaysia ke Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999

  • Post category:Aktiviti

Tarikh : 21 April 2014
Tempat : Pejabat MERS 999, TM Annexe 2
Objektif : Memberi pendedahan kepada Ahli-Ahli Parlimen Malaysia dari pihak kerajaan dan pembangkang berkaitan operasi dan tindakan yang diambil oleh Professional Emergency Operator (PEO) sebaik sahaja panggilan kecemasan diterima.

Buat julung-julung kalinya, MERS 999 telah berjaya menganjurkan satu program lawatan yang berprofile tinggi iaitu Lawatan bagi Ahli Parlimen Malaysia ke Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999. Lawatan ini telah melibatkan Ahli Parlimen daripada Kerajaan dan Pembangkang.

Secara umumnya, lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kesemua Ahli Parlimen berkenaan proses kerja dan operasi di Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999 sehingga panggilan dan data kes disalurkan kepada Agensi Kecemasan yang berkaitan.

“Ada juga panggilan palsu, atau individu sengaja menelefon untuk berbual dengan PEO. PEO perlu melayan panggilan seperti ini kerana tidak tahu jika itu adalah panggilan yang benar,” katanya ketika berucap pada taklimat bersempena lawatan Anggota Parlimen ke Pusat Panggilan MERS 999 di Telekom Malaysia Annexe 2.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada PEO MERS 999 yang tenang dan sabar melayan berpuluh-puluh ribu panggilan sehari meskipun jumlah petugasnya hanya 20 orang bagi setiap syif selama lapan jam.

Program lawatan ini telah dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Wakil Ketua Pembangkang, Y.B Teo Nie Ching, serta dimeriahkan dengan kedatangan Ahli-Ahli Parlimen yang terdiri daripada Kerajaan dan Pembangkang.