LAWATAN KERJA YDH DATO’ KETUA POLIS KUALA LUMPUR KE PUSAT PANGGILAN KECEMASAN 999 KUALA LUMPUR

  • Post category:Aktiviti

Pada 15 Februari 2024, telah diadakan lawatan kerja oleh Ketua Polis Kuala Lumpur iaitu YDH CP Dato’ Allaudeen Abdul Majid ke Pusat Panggilan Kecemasan 999 Kuala Lumpur (999RCKL).  Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai pengoperasian Pusat Panggilan Kecemasan 999 dan penerangan berkaitan Pembangunan Sistem Kecemasan Next Generation Emergency Services 999 (NG 999) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

YDH CP Dato’ Allaudeen Abdul Majid dan delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diberikan taklimat mengenai Operasi Pusat Panggilan Kecemasan 999 oleh Encik Mohd Rozali Ab. Mu’mini, Penolong Pengurus Besar, 999 Response Center.  Manakala taklimat berkaitan Pembangunan Sistem Kecemasan NG 999 disampaikan oleh Encik Mohd Hafizullah Mohd Yatim, Pengurus, Public Safety & Emergency Solution.

Delegasi PDRM kemudian dibawa ke Pusat Panggilan Kecemasan 999 untuk melihat sendiri bagaimana panggilan-panggilan kecemasan dikendalikan oleh pihak GSS TM One.  Di samping itu turut diadakan demonstrasi aplikasi SaveME 999 POLIS, SaveME 999 DEAF dan SaveME 999 BLIND.  YDH CP Dato’ Allaudeen Abdul Majid  turut menggalakkan penggunaan aplikasi ini sebagai salah satu alternatif semasa dalam situasi kecemasan untuk memastikan bantuan diberikan dengan lebih cepat dan efisien.

Lawatan ini adalah bukti jelas komitmen Polis Diraja Malaysia dalam memastikan sistem kecemasan negara sentiasa berada pada tahap kesediaan yang optimum.  Pihak TM sentiasa bekerjasama dengan Agensi Kecemasan MERS 999 di dalam menyediakan perkhidmatan bantuan kecemasan  yang lebih baik dan cekap untuk seluruh rakyat Malaysia.

Ucapan oleh YDH CP Dato’ Allaudeen Abdul Majid, Ketua Polis Kuala Lumpur.

Sesi Taklimat Operasi Pusat Panggilan Kecemasan 999 oleh Encik Mohd Rozali Ab Mu’mini, Penolong Pengurus Besar, 999 Response Center dan Taklimat Pembangunan Sistem Kecemasan Next Generation 999 oleh Encik Mohd Hafizullah Mohd Yatim, Pengurus, Public Safety and Emergency Solution.