Sambutan Merdeka Raya Parlimen Kemaman Sempena Mempromosikan MERS 999 Bersama TM

  • Post category:Aktiviti

Bersempena dengan bulan Syawal 1435H dan sempena Bulan Kemerdekaan, MERS 999 diberi peluang untuk bersama mengambil bahagian dalam program Sambutan Merdeka Raya Parlimen Kemaman Sempena Mempromosikan MERS 999 Bersama TM yang bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara, Kemasik pada 17 Ogos 2014 yang lalu.
Majlis ini menerima tetamu kehormat Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

Objektif program ini adalah sebahagian daripada aktiviti promosi dan publisiti MERS 999 dalam memberikan kesedaran awam mengenai talian kecemasan MERS 999 kepada penduduk setempat dan pengunjung luar kawasan bagi memudahkan orang ramai menghubungi Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999 sekiranya terdapat sebarang bencana, kecemasan atau kejadian yang tidak diingini. Agensi Kecemasan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut bersama dalam program promosi ini.

Leave a Reply