MERS 999 di Persidangan International Conference Major Incident And Disaster Management Dan International Major Incident & Rescue Exercise Competition (iMIREX) 2014

  • Post category:Aktiviti

Tarikh : 30 November – 4 Disember 2014
Tempat : One Hotel Santubong dan Kampung Budaya Sarawak, Santubong

MERS 999 telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Persidangan International Conference Major Incident and Disaster Management dan International Major Incident & Rescue Exercise Competition (iMIREX) yang berlangsung di One Hotel Santubong dan Kampung Budaya Sarawak, Santubong pada 30 November hingga 4 Disember 2014.

Persidangan ini telah dihadiri oleh barisan panel professional yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Jepun, Hong Kong, Korea, Qatar, Thailand, UAE, Philippines, Taiwan, Dubai, Kanada dan Amerika Syarikat yang membentangkan topik kes-kes klinikal dan pendekatan dalam usaha mencari dan menyelamat daripada pelbagai aspek pengurusan bencana.

Di persidangan ini, TM yang diwakili oleh Pn Ir. Rozinah Anas, Pengarah Projek MERS 999, TM Sektor Kerajaan telah membentangkan tajuk “TM Aerial Services (TAS) – Unleashing The Malaysian Landscape”. TM Aerial Services (TAS) adalah bidang pengawasan udara atau Aerial Surveillance yang merupakan bidang baru di Malaysia.

Teknologi ini boleh digunapakai oleh agensi-agensi kecemasan negara bagi meningkatkan lagi kualiti keselamatan awam di negara kita. Ianya juga boleh digunapakai oleh agensi-agensi Kerajaan yang lain dan swasta dalam bidang-bidang seperti pemetaan, pertanian, pelancongan dan penyiaran. TM juga telah membuka tapak pameran yang mempamerkan produk TM Aerial Services (TAS) kepada peserta-peserta dan wakil-wakil antarabangsa.

Manakala, bertempat di Kampung Budaya Sarawak, pertandingan International Major Incident & Rescue Exercise (iMIREX) telah dijalankan dengan penyertaan pasukan penyelamat Malaysia dan juga pasukan antarabangsa. Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 2 Disember 2014. TM telah diwakili oleh En Sarbini Hj. Hamdan, Pengurus Besar Negeri Sarawak dan En Abdul Rahman Taha, Penolong Pengurus Besar, Jualan Negeri Sarawak.

Tetamu Kehormat : YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)