PAMERAN MERS 999 DI PERSIDANGAN ASIA NAVIGATOR KALI KE-11 BAGI TAHUN 2024

  • Post category:Aktiviti

Pada 30 dan 31 Januari 2024 yang lalu, bahagian Government Specialised Services, TM One telah menghadiri  Persidangan Asia Navigator Ke-11 bagi tahun 2024 serta mengambil bahagian sebagai pempamer MERS 999 yang bertempat di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur.

 

Penganjuran Asia Navigator 2024 diterajui oleh International Academic of Emergency Dispatch (IAED) dan dianjurkan bersama dengan Priority Dispatch Corp (PDC) dan GFIS (M) Sdn Bhd.   Asia Navigator 2024 merupakan wadah dan platform kepada pihak-pihak yang terlibat dalam keselamatan awam (public safety) dan pengurusan tindakbalas kecemasan (emergency response management) di Malaysia serta rantau Asia untuk berkongsi ilmu, kepakaran, dan pengalaman serta bertukar idea dengan pakar-pakar dari seluruh dunia.

 

Persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rodzi Md. Saad, Ketua Setiausaha Kementerian Digital dan dihadiri oleh wakil-wakil agensi kerajaan yang menjadi tunjang utama dalam bidang Perkhidmatan Kecemasan dan Keselamatan Awam seperti Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

 

Penglibatan MERS 999 di dalam program ini adalah kesinambungan daripada pelbagai aktiviti seumpamanya yang pernah disertai sebelum ini. MERS 999 melalui TM One sentiasa komited terhadap segala program yang dianjurkan oleh agensi-agensi yang berkait rapat dengan keselamatan awam.

 

Pada program ini, MERS 999 telah mempromosikan dan memberi kesedaran awam mengenai kepentingan talian 999 dan juga aplikasi SaveME 999 POLIS, SaveME 999 DEAF dan SaveME 999 BLIND kepada pengunjung yang melawat tapak pameran. Pengunjung didedahkan dengan cara memuat turun dan cara penggunaan aplikasi semasa dalam kecemasan.

 

YBhg. Datuk Rodzi Md. Saad, Ketua Setiausaha, Kementerian Digital diiringi oleh En. Kamaruddin Bin Abdul Rani, Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pematuhan, Kementerian Komunikasi menerima plak penghargaan dari Tuan Haji Anuar Mat Alim, Pengurus Besar, Government Specialised Services, TM One ketika sesi melawat booth MERS999.

 

Penerima anugerah Dispatcher Of The Year, Sheikh Fahmi Bukhari Bin Sheikh Baharuddin daripada 999 Response Center Melaka, bergambar kenangan dengan Tuan Haji Anuar Mat Alim, Pengurus Besar, Government Specialised Services, TM One dan Encik Mohd Rozali Ab Mu’mini, Penolong Pengurus Besar, 999 Response Center.