Pelancaran OPS SELAMAT 5/2014 Bersama Dengan Pra-Tonton SAVEME 999 POLIS

  • Post category:Aktiviti

Tarikh : 17 Julai 2014
Tempat : Lobi Menara Telekom Malaysia

Objektif :
1. Memastikan aliran trafik berjalan dengan lancar dan selamat.
2. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jalanraya secara terancang.
3. Mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.
4. Mengekang jenayah harta benda dan kekerasan melalui operasi rondaan kereta peronda polis (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan rondaan anggota tugas am yang efektif.
5. Memastikan keselamatan rumah kediaman dan harta benda di musim perayaan.
6. Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kaedah pencegahan jenayah yang berkesan melalui kolaborasi serta kerjasama dengan PDRM dan agensi penguatkuasa yang lain.

Pada majlis ini, MERS 999 telah berpeluang untuk membuat pratonton aplikasi SaveME 999 Polis. SaveME 999 Polis adalah aplikasi khas telefon pintar untuk kes-kes kecemasan yang melibatkan PDRM. Aplikasi ini telah dibangunkan oleh TM sebagai Perkhidmatan Aplikasi Dikehendaki (Required Application Services (RAS) ) di bawah pelaksanaan projek MERS 999.

YDH Tan Sri Dato’ Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara telah merasmikan Ops Selamat 5/2014 dan beliau berkesempatan melihat sendiri pratonton SaveME 999 Polis dengan diiringi oleh YDH Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, YBhg. Dato’ Sri Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM, dan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM