The Amazing Race MERS 999 Bersama Agensi Pusat, Agensi Kecemasan MERS 999 Dan Telekom Malaysia Berhad

  • Post category:Aktiviti

Pada 30 November 2019 yang lalu, bertempat di Shah Alam Extreme Park, Telekom Malaysia (TM) telah mengadakan satu program Amazing Race sebagai kesinambungan daripada aktiviti-aktiviti kebersamaan (engagement program) MERS 999 yang telah dilaksanakan sebelum ini bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), agensi pusat dan agensi kecemasan MERS 999.

Program ini adalah anjuran Bahagian MERS 999, Government Specialised Services, TM dan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YBrs Encik Mohamad Azam Bin Toiman, Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pematuhan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Program Amazing Race ini adalah sebagai medium mengeratkan hubungan silaturrahim antara peserta yang terdiri daripada Agensi Pusat iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Agensi Kecemasan iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). 

Selain daripada itu, ianya juga adalah sebagai memupuk semangat berpasukan antara semua agensi dalam memupuk kecemerlangan kerja dan mewujudkan kakitangan yang sentiasa berfikir secara berpasukan dan cemerlang dalam aspek fizikal dan mental.