Program Kenali SaveME 999 – SaveME 999 BLIND

  • Post category:Aktiviti

Tarikh : 6 Disember 2014
Tempat : Hotel Pearl International Kuala Lumpur

Program KENALI SaveME 999 – SaveME 999 BLIND ialah satu program khas yang dirangka untuk memberi penerangan mengenai aplikasi telefon pintar SaveME 999 BLIND kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami masalah penglihatan.

Program ini telah disertai oleh 150 orang peserta OKU dari seluruh negara yang berkongsi pendapat dan pengalaman mereka dalam situasi kecemasan selain focus pada tatacara penggunaan aplikasi telefon pintar SaveME 999 BLIND.

Tetamu Kehormat : En Badrul Hisham Shamsudin, Penolong Pengurus Besar, Projek MERS 999