Program Kenali SaveME 999 – SaveME 999 DEAF

  • Post category:Aktiviti

Tarikh : 29 November 2014
Tempat : Hotel Pearl International Kuala Lumpur

Keterangan : Program KENALI SaveME 999 – SaveME 999 DEAF ialah satu program khas yang dirangka untuk memberi penerangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan mengenai aplikasi telefon pintar SaveME 999 DEAF.

Program ini telah disertai 150 orang peserta OKU pendengaran dan pertuturan yang berkongsi pendapat dan pengalaman mereka di dalam situasi kecemasan selain fokus kepada tatacara penggunaan aplikasi telefon pintar SaveME 999 DEAF. Wakil agensi kecemasan iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut hadir bersama bagi menyokong program yang julung-julung kalinya dianjurkan ini.

Tetamu Kehormat : Ybhg. Datuk Che Azemi Bin Haron, Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)