Program Komuniti 1Malaysia Bantuan Mangsa Banjir bersama YAB Perdana Menteri Di Kemaman, Terengganu 2014

  • Post category:Aktiviti

Tarikh : 12 Januari 2014
Tempat : Padang Astaka, Kemaman, Terengganu

Penganjuran Program Komuniti 1Malaysia ini telah dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), dengan kerjasama daripada Parlimen Kemaman, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kelab Putera 1Malaysia. Program ini sebagai salah satu aktiviti untuk menyampaikan sumbangan yang berupa kelengkapan rumah seperti televisyen, peti sejuk, tilam dan bantal serta set dapur yang akan diagih secara berperingkat kepada bantuan mangsa banjir di Kemaman.

Selain daripada itu, program ini juga adalah salah satu acara untuk meraikan Sukarelawan di Peringkat Negeri Terengganu yang telah bertungkus lumus memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas ketika bencana banjir pada Disember 2013 yang lepas.

Ruang pameran MERS 999 adalah satu-satunya ruang pameran pada program Komuniti 1Malaysia ini. Ruang pameran MERS 999 telah dibuka bertujuan untuk memberi maklumat penting tentang kesedaran kepada orang awam berkaitan kepentingan talian kecemasan 999 dan menggunakan talian 999 secara berhemah. Pengunjung juga turut diberi maklumat terbaru mengenai aplikasi SaveME 999 untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang menggunakan telefon pintar. Mereka juga diwar-warkan agar menggunakan talian kecemasan 999 ketika terjadi bencana alam seperti banjir dan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku.

Selain daripada itu, edaran risalah dan pelekat wobbler MERS 999 yang mengandungi maklumat tentang MERS 999 dapat memperluaskan lagi hebahan tentang MERS 999. Wakil Kementerian juga mengambil bahagian dengan mempromosi MERS 999 dengan mengagihkan payung dan topi kepada hadirin yang datang.

Secara keseluruhannya, pameran yang dijalankan ini mendapat sambutan yang memuaskan dengan jumlah hadirin yang datang berjumlah 15 000 orang.