Promosi Kempen Kesedaran MERS 999 Sempena Perarakan Bot Terbesar Dunia, di Kemaman, Terengganu

  • Post category:Aktiviti

Tarikh : 11 – 13 September 2014
Tempat : Kuala Kemaman, Terengganu.

Program ini adalah secara dasarnya adalah Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke- 57. Program ini telah disertai seramai 6000 nelayan dan 1,180 bot sekali gus diiktiraf sebagai rekod baharu Guinness World Record mengatasi rekod lama yang pernah dicatat di Sungai Thames, London pada tahun 2012. Selain daripada itu, ia juga sebagai bukti kesungguhan dan kecekalan golongan nelayan melalui semangat Merdeka dengan tema “Malaysia..Di sini lahirnya Sebuah Cinta”. MERS 999 mengambil kesempatan ini untuk menjalankan aktiviti promosi dan publisiti MERS 999 di dalam memberikan kesedaran awam mengenai talian kecemasan MERS 999 kepada penduduk setempat dan pengunjung luar kawasan bagi memudahkan orang ramai menghubungi Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999 sekiranya terdapat sebarang bencana, kecemasan atau kejadian yang tidak diingini. Pihak agensi Kecemasan iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut bersama di dalam program promosi ini.

Tetamu Kehormat : Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.