Promosi MERS 999 Bersempena Sambutan Merdeka Raya Parlimen Kemaman, Terengganu

  • Post category:Aktiviti

Tarikh : 17 Ogos 2014
Tempat : Institut Kemahiran Belia Negara, Kemasik.

Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti promosi dan publisiti MERS 999 dalam memberikan kesedaran awam mengenai talian kecemasan MERS 999 kepada penduduk setempat dan pengunjung luar kawasan bagi memudahkan orang ramai menghubungi Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999 sekiranya terdapat sebarang bencana, kecemasan atau kejadian yang tidak diingini. Agensi Kecemasan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut bersama dalam program promosi ini.

Tetamu Kehormat : Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.