Bertempat di Kuala Dungun ke Kuala Kemaman, Terengganu pada 11 – 13 September 2014 yang lalu. MERS turut serta dalam Program Perarakan Bot Terbesar Dunia, di Kemaman, Terengganu. Tetamu Kehormat yang mengunjungi Program tersebut adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.
Objektif program ini secara dasarnya adalah program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke- 57. Program ini telah disertai seramai 6000 nelayan dan 1,180 bot sekaligus diiktiraf sebagai rekod baharu Guinness World Record mengatasi rekod lama yang pernah dicatat di Sungai Thames, London pada tahun 2012. Selain itu, ia juga sebagai bukti kesungguhan dan kecekalan golongan nelayan melalui semangat Merdeka dengan tema “Malaysia..Di sini lahirnya Sebuah Cinta”.
MERS 999 mengambil kesempatan ini untuk menjalankan aktiviti promosi dan publisiti MERS 999 dalam memberikan kesedaran awam mengenai talian kecemasan MERS 999 kepada penduduk setempat dan pengunjung luar kawasan bagi memudahkan orang ramai menghubungi Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999 sekiranya terdapat sebarang bencana, kecemasan atau kejadian yang tidak diingini. Pihak agensi Kecemasan iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut bersama dalam program promosi ini.